Thursday, May 14, 2009

?????

ermm...aku kembali lagi dengan luahan hati aku...tapi kali ini berbeza dr yang lepas... aku tetiba terasa rindu dgn seseorang yang aku kenali sebagai teman... tah aku pun tak tau kenapa aku merindui nya... :).. ikutkn hati nak ajer aku talifon..tapi aku rasa itu akan menambahkn masalah yg sedia ada... adakah dia merasai apa yg aku rasa...mungkin tak...setiap hari aku tertunggu panggilan darinya..kenapa dengan aku nih...

Si dia tidak lah sehensem mana...memang kalau nk di comparekn dengan suami aku...suami aku lagi rupawan...tapi sikap nya yg sentiasa buat aku ketawa yg membuatkan aku senang dengannya...yang membuat aku rindu dengannya...Ya Allah... bkn niat aku menduakan suamiku tetapi aku perlukn teman yg boleh membuatkn aku gembira...Kau tahukn bahawa hambamu ini tiada teman. Tiada teman suka dan duka...salahkah aku merinduinya dalam diam... :) ... aku tahu kalau ada sesiapa yg membaca coretan aku ini...rasa kemarahan pd sikap aku...tapi tahukah mereka apa yg aku alami sebelum ini...katala apa pun..hanya aku yg memikul bebannya...

dlm diam....tiada siapa yg tahu....walaupun sidia...itu sudah cukup menggembirakan aku...

Wednesday, January 7, 2009

Hati aku....

kekadang aku tertanya pada diri sendiri. siapa aku dihati nya.kenapa aku terus dilukai tanpa belas kasihan. tidak sedarkah dia yang aku terluka. adakah silap aku sendiri menyembunyikan kelukaan aku disebalik senyum tawaku.apa yang aku lakukan adalah kerana satu...aku menghormatinya sebagai seorang suami..
5 Jan 2009, aku betul2 terluka hingga kehari ini sukar untuk aku maafkan dia. Hati aku masih sakit, masih menangis..kenapa..kenapa..apa salah aku..adakah salah aku kerana memiliki hati yg lemah..yg sentiasa akan mengalah..setiap saat setiap waktu setiap hari setiap bulan setiap tahun aku tidak pernah jemu memberi sokongan di atas apa yg dia lakukan..apa yang dia minat..yang dia suka..malah kekadang aku menjadi tulang blakang dia..sanggup aku belajar , cari maklumat walaupun aku tidak meminati apa yang dibuat..hanya utk dia ..agar aku tak terpinga-pinga bila dia menceritakan setiap apa yg dilakukannya... tapi kenapa aku yang terakhir yang tahu...kenapa aku juga tak tahu apa2...susah sangat ker nak bagitau .. selama ini adakah aku menghalang setiap kali dia menyuarakan sesuatu..itupun aku tahu sendiri.. aku dapat tahu sendiri bukan dia yang bagitahu...tidak sakitkah hati ini..selama bertahun bersama, tidur bersama, satu tilam satu bantal, bilik air yang sama rumah yang sama, makan pinggan yang sama dapur yang sama..tidak bolehkah apa yang diperolehinya dikongsi bersama...bukan duit yang aku minta tapi penghargaan, kehormatan dan maruah aku sebagai seorang isteri.. kenapa dia suka berkongsi dengan orang lain bukan dengan aku..adakah aku ini seorang yang bodoh yang tak layak...bukankah suami isteri itu perlu berkongsi bersama detik2 gembira dan duka..apa gunanya dia kahwini aku kalau sekadar untuk perhiasan dirumah..hanya untuk dijadikan satu bahan kelengkapan untuk hidup dia..
Ini bukan yang pertama, dah berkali2..sehinggakan pada saat ini aku sudah tidak sanggup nak manghadapinya lagi..dah tidak terdaya untuk berselindung disebalik senyuman ini... walaupun dia dalam keadaan yang senang dan aku dalam keadaan yang susah, tidak pernah sekali pun aku meminta walaupun itu adalah kewajipannya sebagai seorang suami kepada isterinya. tapi salahkah dia berkongsi bersama keluarganya..bersama anak2 nya..zuriat yang aku lahirkan untuknya..kenapa dia lebih suka habiskan untuk hobinya...kawan2nya...tidak pentingkah aku dan anak2...
aku juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan..yang mempunyai keinginan..yang menpunyai harapan dan impian..aku cemburu melihat org lain begitu bangga, gembira dan bahagia disamping suami yang tersayang...mendulukan isteri dari yang lain..menghargai mereka..menghormati mereka..salahkan aku sebagai seorang perempuan dan seorang isteri yang menginginkan yang sama seperti yang lain. aku bukan perempuan yang mata duitan, tapi hati ini sering tertanya2, sentiasa memaksa diri untuk mencari jawapan kenapa...kenapa bukan bersama keluarga..dia lebih rela bersama dengan apa yang diminatinya yang diidamkan nya dari keluarga sendiri..
Pernah satu ketika dulu..aku dari seorang yang senang dari segi kewangan tiba2 aku jatuh tersungkur dalam sekelip mata. Dalam keadaan yang sarat mengandung aku terkapai-kapai tanpa bantuan..kesana kesini membawa perut untuk selesaikan masalah yang dihadapi..sehinggakan aku lupa kesihatan aku lupa akan anak yang aku kandung..dimana dia..dimana..pernahkah dia bertanya apakah masalah aku..pernahkah dia bertanya dah makan kah aku...sihatkah kandungan aku...cukupkah duit aku..dimana pelindung aku ketika itu...nyawa aku dan nyawa bayi yg aku kandungkan ini hampir melayang ditengah jalan lantaran terlalu tertekan hingga khayal ketika memandu dijalan raya..pernahkah dia terfikir akan itu..mujur allah itu maha besar, malaikat lindungi aku dan anak aku..aku masih bernafas sehingga kini...pernahkah dia..tidak..tidak pernah sekali pun dia bertanya..malah yang lagi perit..dikala aku dilanda musibah dia hanya mendiamkan diri..tidak ada langsung patah perkataan yang keluar dari mulutnya..aku ibarat halimunan dirumah tidak wujud..inikah yang dinamakan suami..inikah yang dinamakan pelindung kepada isteri..aku tak paham..
Bukan aku mahu mengungkit, tapi hanya satu luahan yang terpendam sekian lama.. hidup kita sebagai manusia ibarat roda kadang kala di atas..kadang kala kita dibawah..begitulah aku..bila aku berada diatas, aku tidak pernah melupakan dia..aku dulukan keluarga kemudiankan kehendak aku.. aku penuhi kehendak dia..bantu dia bila dalam kesusahan..berada disisinya bila dia dilanda musibah..tapi..bila aku dlm kesusahan..dimana dia..aku umpama sebatang kara terumbang ambing sendirian mencari penyelesaian..
terlalu banyak yang dilakukan terhadap aku..terlalu byk sehinggakan aku dah tak mampu nak meluahkan..tak mampu mengingatinya lagi..cukuplah setakat ini luahan aku sebagai isteri yang terluka.. ku panjatkan doa agar aku terus diberi kekuatan untuk menyembunyikan kelukaan dan tangisan aku disebalik senyuman ini.. "Ya Allah, sekiranya apa yang terjadi ini sudah KAU tulis sejak azali lagi, aku redha ya Allah, aku hanya hamba mu yang lemah, berilah aku kekuatan untuk aku terus tersenyum dan tertawa demi menyembunyikan kelukaan aku. Dan sekiranya dalam hidup suamiku, teman2 dan minatnya yang dapat menggembirakannya yang penting baginya dan bukan aku dan anak2 nya..demi mu ya Allah aku redha..cuma aku mohon padamu ya Allah yang maha besar, KAU hapuskanlah cinta yang terpahat dihati ini agar hambamu ini tidak terus terluka dan derita.."..aku hanya seorang perempuan dan isteri yang tidak mampu meluahkan segalanya..hanya akan terus membatu dan membisu..kerana menghormati suaminya dan demi menjaga maruah suaminya seperti yang dituntut dlm agamanya..itulah aku seorang isteri yang terluka..sampai bila..hanya Allah yang mengetahuinya..kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya..

Tahun Baru 2009

Sedar tak sedar tahun dah bertukar ganti....tapi aku masih sama...tiada yang berubah..AZAM baru...haha...tahun jer yang baru tapi azam aku tetap yang sama....apa azam aku...Nak kaya...nak berjaya..nak kerja yang baru...tah aku pun tak tahu...azam yang lama pun masih tak tercapai..tahun dah bertukar ganti tapi aku still macam nih...kenapa...selagi masih ada yang menghalang..selagi itu aku akan seperti ini...